Tuesday, December 15, 2009

Thursday, December 3, 2009

Wednesday, November 25, 2009

Islam & Demokrasi

Saya tertarik dengan ungkapan mudah Tun Dr Mahathir baru-baru ini, 'Politik itu mungkin kotor, tetapi agama tetap bersih.'  Untuk menganut Islam anda mestilah berikrar 'Sahaja aku naik saksi bahawa tiada tuhan [bahasa Arab 'ilah'] yang layak disembah melainkan Allah.  Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan [Rasul] Allah.'  Tuntutan daripada Syahadah [persaksian] itu, seorang Islam perlu akur bahawa satu-satunya kuasa yang layak mengeluarkan perundangan ialah Allah [SWT] seperti yang tertera dalam Al-Quran dan disebarkan oleh Rasul-Nya.  Kuasa menentukan kebenaran dan kepalsuan ialah hak Allah semata-mata, begitu juga hak menentukan sama ada sesuatu itu baik atau buruk.

Ibadah Qurban

Tidak ada ibadah yang paling disukai Allah pada Hari Raya Adha selain Qurban. Ibadah Qurban sunat (dituntut) dilakukan pada hari Nahar (10 Zul Hijjah) dan tiga hari Tasyriq, iaitu 4 hari yang umat Islam diharamkan berpuasa padanya.

Friday, November 20, 2009

Kematian yang menghidupkan

RujRuj
Tiada siapa yang sukakan mati.  Malah tiada siapa yang suka memikirkan soal mati.  Walaupun mati itu pasti tiba.  Kita melihat ibu bapa kita, jiran kita, sahabat kita dan saudara mara kita meninggalkan kita.  'Bila agaknya giliranku pula?'  patut bermain-main di kepala.  Tidak begitu hakikatnya.  Kita mudah sekali melupakan langkah-langkah kita mengiringi jenazah ke kubur, malah jamaah yang berada di perkuburan tatkala mayat diturunkan ke liang itupun tidak ramai.  Hassan Al-Basri pernah menjelaskan sebab doa kita tidak diterima; antaranya kita mengebumikan mayat saudara kita, tetapi kita gagal mengambil iktibar daripadanya.

Pelaburan yang bijak

Khutbah Jumaat di masjid  di tempat saya mendirikan solat Jumaat - saya kira sama dengan semua masjid di merata negeri Johor - pada hari ini, sungguh menarik.  Pelaburan yang bijak menjadi tajuk khutbah.

Wednesday, November 18, 2009

Agenda Pendoktrinan BTN

Biro Tata Negara (BTN) satu badan milik Kerajaan Malaysia.  Kos operasinya ditanggung oleh pembayar cukai.  Programnya sewajarnya mendatangkan keuntungan kepada rakyat Malaysia.  Namun peranannya sering dipersoalkan, sehinggakan ada yang mengatakan bukan sahaja BTN membazir wang rakyat, tetapi juga menyusahkan kakitangan Kerajaan dengan agenda pendoktrinannya, malah mengkhianati rakyat Malaysia seluruhnya.