Khutbah Jumaat di masjid di tempat saya mendirikan solat Jumaat - saya kira sama dengan semua masjid di merata negeri Johor - pada hari ini, sungguh menarik. Pelaburan yang bijak menjadi tajuk khutbah.
1. Ramai orang membelanjakan wang yang begitu banyak untuk kesenangan hidup di dunia, pada hal dunia tidak kekal, malah sangat singkat masa kita berada di sini.2. Akhirat itu kekal, tetapi tidak ramai yang membelanjakan hartanya (malah jiwa dan masa mereka) untuk persediaannya.
3. Saya sangat tertarik, sebab sungguh mudah kita terpedaya dengan dunia ini.
4. Dunia berada di depan mata kita, tetapi Akhirat hanyalah kerap tinggal sebagai satu perkhabaran.
5. Tanggapan kita kepada dunia yang jelas dan perkhabaran Akhirat itulah yang menjadi jangka tahap keimanan kita.
6. Balasan yang akan kita terima kelak berpadanan dengan tahap keimanan kita itu.
7. Adakah kita akan beriman ala Pascal? ...
8. Peranan pemimpin kita juga sungguh penting; pemimpin kini sering memberikan pemberat yang sangat besar kepada kehidupan di dunia:
9. Apa yang dikatakan pembangunan semata-mata disasarkan kepada dunia yang mempunyai nilai yang sangat kecil berbanding Akhirat [Ada hadith yang menegaskan bahawa nilai dunia ini lebih kecil daripada satu sayap nyamuk!] tanpa berusaha mengimbanginya.
10. Apabila seorang pemimpin memberikan penekanan kepada soal Akhirat - dalam usaha mencapai darjah keadilan - maka ia diherdik oleh ramai pemimpin lain.
Friday, November 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment