Wednesday, November 25, 2009

Ibadah Qurban

Tidak ada ibadah yang paling disukai Allah pada Hari Raya Adha selain Qurban. Ibadah Qurban sunat (dituntut) dilakukan pada hari Nahar (10 Zul Hijjah) dan tiga hari Tasyriq, iaitu 4 hari yang umat Islam diharamkan berpuasa padanya.
1.  Ibadah Qurban mengaitkan umat Islam terus kepada Nabi Ibrahim (as).
2.  Susahnya Nabi Ibrahim untuk mendapatkan anak.
3.  Dapatnya anak itu pun pada usia yang sudah lanjut.
4.  Tiba-tiba Baginda menerima perintah untuk mengurbankan anak kesayangannya itu, Ismail (as).
5.  [Orang Yahudi dan Kristian kata Ishaq, bukan Ismail.]
6.  Nabi Ibrahim akur dengan perintah Allah.
7.  Kita mudah menerima cerita ini kerana kita sudah tahu kesudahannya ('happy ending'), tetapi bayangkanlah seorang ayah yang yakin bahawa anak kesayangannya akan diqurbankan di tangannya sendiri.
8.  Itulah hakikat pengurbanan:  Melakukan perintah Allah SWT tanpa ragu-ragu,teragak-agak, atau berlengah-lengah sama ada pada perkara yang disukai atau dibenci.
9.  Nabi Muhammad (saw) mempunyai talian salasiah langsung dengan Nabi Ismail (as).
10.  Sebagai umat Nabi Muhammad, kita telah dimuliakan dengan perintah Qurban - 'sekadar' qurban binatang.
11.  Bukan daging atau darah yang mengalir itu yang dilihat Allah, tetapi taqwa yang tersemat di jiwa hamba-Nya.
12.  Semoga Qurban itu mejadi pemangkin kepada pengurbanan kita di jalan Allah.
13.  Semoga Allah menerima ibadah Qurban kita semua.

No comments:

Post a Comment