Saya tertarik dengan ungkapan mudah Tun Dr Mahathir baru-baru ini, 'Politik itu mungkin kotor, tetapi agama tetap bersih.' Untuk menganut Islam anda mestilah berikrar 'Sahaja aku naik saksi bahawa tiada tuhan [bahasa Arab 'ilah'] yang layak disembah melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan [Rasul] Allah.' Tuntutan daripada Syahadah [persaksian] itu, seorang Islam perlu akur bahawa satu-satunya kuasa yang layak mengeluarkan perundangan ialah Allah [SWT] seperti yang tertera dalam Al-Quran dan disebarkan oleh Rasul-Nya. Kuasa menentukan kebenaran dan kepalsuan ialah hak Allah semata-mata, begitu juga hak menentukan sama ada sesuatu itu baik atau buruk.
1. Falsafah Demokrasi menegaskan hak menentukan beanr/palsu dan baik/buruk itu terletak pada majoriti.
2. Membunuh itu boleh menjadi halal jika majoriti bersepakat membenarkannya; itulah terjadi sekarang dalam kes pengguguran janin.
3. Zina dan arak telah dihalalkan oleh sistem Demokrasi, walaupun pada suatu masa dulu masyarakat yang sama mengharamkannya.
4. Kini perkahwinan dengan jantina yang sama menjadi halal, malah menjadi satu ukuran kebaikan sesuatu masyarakat menurut piawai yang ditetapkan oleh badan seperti Amnesty International.
5. Dari segi agama hukum membunuh (tanpa sebab), zina, arak dan homoseks semuanya tetap haram.
6. Melakukan perkara haram itu berdosa, dan pelakunya akan dipertanggungjawabkan pada hari Akhirat kelak; bagaimanapun, Taubat menyediakan jalan keluar bagi mereka yang benar-benar insaf.
7. Yakin bahawa membunuh (tanpa sebab), zina, arak dan homoseks itu halal kerana Demokrasi telah menghalalnya boleh membatalkan Syahadah seseorang Islam.
8. Yakin bahawa Demokrasi-lah cara terbaik untuk menentukan hukum - yang telah dijelaskan dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul - merupakan perbuatan syirik lantaran menidakkan hak Allah dan memberikannya kepada yang lain.
9. Allah berhak mengampunkan semua dosa manusia, kecuali dosa syirik orang yang tidak bertaubat daripadanya.
10. Adakah Islam dan Demokrasi itu bercanggah?
11. Sistem Demokrasi tetap dapat dijalankan dalam persoalan yang tidak dijelaskan dalam Al-Quran atau As-Sunnah.
12. Dan ruang untuk berdemokrasi itu luas sebab Allah telah menetapkan hukum untuk beberapa perkara yang tertentu sahaja.
13. Amalan ekonomi boleh dilaksanakan melalui kata majoriti, asalkan prinsip Islam menegah penindasan [seperti melalui amalan Riba] itu dipatuhi.
Wednesday, November 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment