Friday, November 20, 2009

Kematian yang menghidupkan

RujRuj
Tiada siapa yang sukakan mati.  Malah tiada siapa yang suka memikirkan soal mati.  Walaupun mati itu pasti tiba.  Kita melihat ibu bapa kita, jiran kita, sahabat kita dan saudara mara kita meninggalkan kita.  'Bila agaknya giliranku pula?'  patut bermain-main di kepala.  Tidak begitu hakikatnya.  Kita mudah sekali melupakan langkah-langkah kita mengiringi jenazah ke kubur, malah jamaah yang berada di perkuburan tatkala mayat diturunkan ke liang itupun tidak ramai.  Hassan Al-Basri pernah menjelaskan sebab doa kita tidak diterima; antaranya kita mengebumikan mayat saudara kita, tetapi kita gagal mengambil iktibar daripadanya.


1.  Mengingati mati memendekkan angan-angan tentang hidup di dunia.
2.  Mengingati mati juga memanjangkan cita-cita - iaitu cita-cita Akhirat.
3.  Patutkah ku beli kereta baru yang berjenama tersohor itu, pada hal aku tak tahu sama ada esok aku masih berada di dunia ini.  Sanggupkah aku membebani warisku dengan hutang-hutangku?
4.  Patutkah aku terus melakukan dosa, padahal  bila-bila Malaikat maut akan datang menjemputku?
5.  Tidak patutkah aku bersegera bertaubat, sebelum nyawaku tiba di kerongkongku.
6.  Tidak patutkah aku bersegera beramal baik, takut-takut tidak ada masa lagi untuknya.
7.  Panjang sekali senarai amalan baik yang hendak dilaksanakan, ayuh ...
8.  Jika Quran dan Kematian gagal membuatkan aku menangis (keinsafan), tiada lagi mampu menginsafkan aku ...


9.  Saat kematian itu sangat sakit.  Nabi Isa pernah berwawancara dengan ibunya, Maryam yang sudah lama mati.  Maryam mengadu beliau masih merasakan kesan kesakitan daripada sakratul maut.  Itu kisah insan yang telah dimuliakan Allah.
10. Aku berdoa 'Ya Allah, Permudahkanlah Sakratul Maut ke atas diri kami ...'

No comments:

Post a Comment